Monday 1 June 2015

Happy 28th birthday

29.05.2015

Jumaat lepas genaplah umur 28tahun... Sekejap je masa berlalu. sekejap je da nak 30-an....30-an????

Tak sangka da kahwin. Alhamdulillah.. Semoga next birthday aku da ada baby... insyaAllah. Lagi seronok lahir tarikh yang sama.... kita kena bayangkan apa yang kita nak dan yakin dengan Allah. (prakis LOA)

Terima kasih Mak..28 tahun yang lepas lahirkan dira. Allah sahaja yang dapat balas segala jasamu. Tak senang nak jadi ibu. Walaupun aku belum berpeluang, tapi aku jadikan Mak sebagai mentor apabila da ada anak nanti.

Terima kasih juga suami ku. Tahun ni merupakan tahun kedua kita menyambutnya sebagai suami isteri.

Tahun ni aku dapat hadiah mesin jahit dari Mr. H...kih3.... konon-konon nanti nak cuba jahit baju kurung sendiri..

Tahun ni celebrate birthday macam banyak kali je.. 29hb makan Pizzahut. 30hb makan kenny roger+tgk San Andreas+buat bekam... bekam pun termasuk gak ke?? hahaha...serius ni pengalaman pertama aku buat bekam..cuak gak..siap buat full body kot.. sekarang da moden da..tak ada da toreh-toreh dengan pisau..

Kenapa aku buat bekam? selain salah satu usaha-usaha TTC aku, bekam kan amalan sunah yang dilakukan oleh Nabi. Mesti ada kebaikan nya. Untuk kesihatan juga.. Harganya pun RM 5/cup.. So, why not cuba..

3hb ni birthday Mr. H... hehe...dekat-dekat tarikh lahir kami =)


3 comments:

  1. 3hb makan KR plus kek. hehe
    selamat harijadi sayangku
    love u

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe....makan KR lagi =)
      Love you too... Selamat hari Jadi Shuben

      Delete
  2. 3hb makan KR plus kek. hehe
    selamat harijadi sayangku
    love u

    ReplyDelete