Tuesday 23 June 2015

Dinner at NY Steak Shack, Sunway Pyramid

11.06.2015

Malam ni kami midnight movie.. da lama tak tengok wayang memalam.. Movie malam ni Jurassic World.

Sampai awal juga. Dalam pukul 8 malam. Malam ni nak try makan NY Steak Shack. Celebrate Belated Birthday Mr. H kononnya.

Time ni tak ramai lagi terus dapat table. Lama gakla aku belek-belek menu. Bukan apa semuanya nampak sedap..

Last-last aku pilih Rosemary Chicken dan Mr. H pilih sirloin steak.

Side dish boleh pilih-pilih. Tak silap ada fries, salad, mashed potato dengan corn.. Set kitorang boleh pilih 2 side dish.

siap tayang susu dutch lady

Promotion set untuk 2 orang
Rosemary chicken
tak nampak lak steak tu

Alhamdulillah.. kitorang kenyang...makanan kat sini portion dia just nice..tak lah sesak nak habiskan. Harga pun dalam range RM 15-40 camtu. Tapi restoran ni agaknya nak jadi fast food jugak kot. Makanan tak la panas macam baru lepas masak. Sampai-sampai meja da suam-suam makannya. Fries dengan mash potatoes je rasanya masih panas. Rasanya dorang re-heat sahaja ayam dengan daging tu.

Lepas tu sempat jalan-jalan kasi perut lega sikit. Movie malam tu pukul 11pm kot.


1 comment: