Wednesday 10 June 2015

Appoinment- Ravimed dan Clomid

8.6.2015

Hari ini adalah CD 4. Patutnya kena datang masa CD 2 untuk TVS dan ambil ubat Clomid.

Tapi memandangkan CD 2 jatuh pada hari sabtu, kena la datang hari Isnin.

Jalan hari ini tak la jem sangat sebabnya tengah cuti sekolah. Sampai-sampai kena tunggu turn TVS dan kena tunggu lagi untuk jumpa doktor. Aku kena tunggu doktor lama juga memandangkan doktor yang duty hari ni ada emergency.

Actually minggu lepas ada appoinment gak. Sebabnya aku da CD 60 aku still tak period lagi.. memanglah irregular, tapi takla lama macamni. Doktor TVS dan detect ada cysts. Tapi buat masa ni, dorang assume benda tu adalah Corpus Luteum. Nak confirm kena tunggu period dan buat TVS. Doktor bagi aku pil Ravimed dan kena makan selama 5 hari. Aku dijangka period 2-3 hari lepas habis Ravimed tu.

Akhirnya 5 hari lepas habis Ravimed tu aku period dengan jayanya. Alhamdulillah... first time makan ubat turun darah...harap lepas ni tak payah makan lagi.

TVS masa CD 4 tu cysts yang dorang detect sebelum ni da tak ada. So dorang confirm yang tu adalah corpus luteum. Doktor bagi aku clomid..kena makan sebiji selama 5 hari. Dorang akan monitor follicle. Next appoinment 15.6.2015 (CD 11). Sebenarnya cycle ni da boleh proceed dengan IUI. Tapi memandangkan dah nak puasa, tak boleh nak proceed. Lepas raya baru boleh set appoinment untuk IUI.

 Tak pe lah...ada rezeki aku nanti InsyaAllah. Kita cuba setakat yang mampu dan serahkan semuanya kepada Allah. Semoga follicle akan membesar dengan jayanya dan ovulate dengan jayanya serta Allah izinkan nya bertemu dengan 'boyfriend'...hehehe

Kalau ada GL, FOC dan kena dapatkan cop kat kaunter bayaran. If tak ada:

Perundingan: RM 15
Ultrasound: RM 20
Clomid: RM 5


Form ni kena bawak time appoinment

No comments:

Post a Comment