Thursday 14 May 2015

Melaka 2015: Vista Horizon Condo, Klebang

2-4.05.2015

Cuti Hari Pekerja ni aku da family bercuti ke Melaka. Tahun lepas rasanya banyak kali da bercuti kat Melaka.. Dulu Mr. H berkampung kat AKMAL, Melaka 3 bulan.. Selalu gaklah.

Memandangkan cuti Hari Pekerja ni bersembung dengan cuti Wesak, memang ramai gaklah yang bercuti time ni. Jalan ofcos jem je...Tapi dengan bantuan WAZE dapatlah cari alternative yang cepat sikit sampai.

Harga hotel pun kebanyakkan mahal time cuti ni.. akhirnya lepas godek-godek agoda terjumpalah tempat yang sesuai untuk kami 9 orang termasuk si kecik Irfan..

Kiranya tempat ni konsepnya macam homestay la... Nama dalam agoda Vista Horizon Condo. Tapi actually nama tempat ni Condominium Selat Horizon. Lokasinya berdekatan Pantai Klebang. Kami disana selama 2 malam. Harga RM 250/night. Condo ni ada 3 bilik, 2 parking dan ada swimming pool.

Pintu masuk

Aku dan Mr. H gerak lambat sikit sebabnya dia baru balik kerja malam..bagilah rehat jap. Mak ayah dgn kakak2 dah gerak dulu dan dorang da sampai. So, tak sempatlah nak amek gambar-gambar homestay tu..hehe..

Gambar-gambar ni aku amek dari agoda.com Tapi nak bagitaw memang sama keadaan nya macam dalam gambar-gambar ni!!! tak pelik la dapat rating 8.1 kat agoda.

masuk2 nampak view ni

kalau betul2 lampu pocong tu je tak ada


ni dapur

memang 90% sama macam gambar agoda ni

toilet dalam master bedroom

swimming pool



Dalam homestay ni tak boleh nak masak-masak even ada dapur pun. Ada beberapa laci memang berkunci dan ada washing mashine jugak..tapi tak boleh guna..pintu berkunci.

Vista Horizon ni dekat dengan Klebang original coconut shake. Walking distance. Boleh nampak orang Q dari bilik..kih3.. Sorry la nak beratur panjang-panjang gitu.. Tapi kami try juga kat Batu Berendam Coconut Shake...sedap dan tak payah tunggu lama...

Ada satu malam tu kami makan kat area Umbai..tak ingat lak namanya... memang ramai giler...dan kalau datang lambat memang kena tunggu berjam-jam..

Tak banyak aktiviti special pun kat sini....bolehlah nak relax-relax...Tapi stress jem pulak kat sini...hohoho


No comments:

Post a Comment