Tuesday 5 May 2015

2nd appoinment- Who're you PCOS???

16.04.2015

Hari ni appointment pukul 9 pagi.. Sampai PPUM lebih kurang 840am... Parking pun senang gak la... Kena proceed buat bayaran before naik ke tingkat 4.

Pagi tu orang tak ramai lagi..Cepat gak la dapat masuk jumpa Doc. Rasa macam orang pertama..

Masuk-masuk bilik Doc da cuak sebabnya macam ramai org kat dalam tu. Ada nurse doc ofcos dgn sorang doc pelatih kot.

Nama doc tu Dr. Zura. Doc  ni nampak cool dan relax. Tak ada la sius sangat macam Doc 1st appoinment dulu.

Ok.. tujuan appoinment hari ni nak check result-result test yang pernah kami buat.

Alhamdulillah askar-askar Mr. H ok dan sihat... dan macam aku jangkakan dari 1st appoinment aku ada PCOS.. sebabnya masa TVS 1st appoinment tu da nampak polycystic ovary .. Masa doc tu cakap tak ada la aku terkejut. Tapi ofcos la sedih gak.. Dr. Zura cakap aku maybe mild PCOS sebabnya aku ciri-ciri PCOS tak nampak kat aku.. aku non-obese dan tak ada simptom tumbuh banyak bulu.

Harini CD 11 dan Dr. Zura cakap kena natural cycle dulu sebabnya tak sempat da nak on CLOMID. Next cycle baru start CLOMID dan terus proceed dengan IUI.

Dr. Zura terus suruh TVS sebab boleh check size follicle biasanya CD 11 dah nak ovulate. Hasil dari TVS tu ada 2 yg size 8mm sahaja. Tapi Dr. Zura tu bagos..dia tak down kan aku..Dia cakap normal sebabnya pcoser tak semestinya ovulate CD 14. Dia cadangkan datang buat TVS hari isnin tu track follicle tersebut.

Oww yer... result HSG haritu kedua-dua tube aku normal. Dan main concern aku sekarang ialah macamana nk biar kan hormon-hormon aku stabil serta telur aku berjaya matang dengan jayanya. Blood test on CD 21 pun da tunjuk level progesterone aku low.

PCOS atau nama panjangnya Polycistic Ovarian Syndrome. Paling senang nak paham, problem reproductive yang terjadi dari ketidakstabilan hormon yang membuatkan period tak stabil..

Punca PCOS pun masih belum diketahui. Maybe dari sejarah keturunan dan faktor pemakanan.

Setakat apa yang aku google, pcoser ni paling penting jangan bagi berat naik..tapi tak bermaksud semua yang gemok tu ada PCOS..tapi bila da disahkan pcos, memang kena jaga makan kena banyak kan exersice..

Actually lepas da tawu result ni aku lega sikit la...bukan happy...huhu..tapi setidak-tidaknya kami tahu sebabnya dan aku tak kan makan sebarang supplement tanpa tengok kandngan dalam tu. Tak semua supplement utk TTC sesuai untuk pcoser.

Next appoinment, kena tunggu next period dan call PPUM untuk appoinment.











































No comments:

Post a Comment