Monday 23 March 2015

Hysterosalpingogram (HSG) di PPUM

20/3/2015

Inilah hari yang 'dinanti-nanti'..... bukan tak sabar...tapi takut sebenarnya.


Appoinment untuk HSG hari ini pukul 8.30am. Seawal 7 am aku dan Mr. H dah keluar rumah... Hari ni tak rempit..naik kereta..kenalah keluar awal sikit.


Apa itu HSG atau nama panjangnya Hysterosalpingogram??



Is aX-ray test that looks at the inside of the uterus and Fallopian tubes and the area around them.During a hysterosalpingogram, a dye (contrast material) is put through a thin tube that is put through the vagina and into the uterus. Because the uterus and the Fallopian tubes are hooked together, the dye will flow into the fallopian tubes. Pictures are taken using a steady beam of X-ray (fluoroscopy) as the dye passes through the uterus and fallopian tubes. The pictures can show problems such as an injury or abnormal structure of the uterus or fallopian tubes, or a blockage that would prevent an egg moving through a fallopian tube to the uterus. A blockage also could prevent sperm from moving into a fallopian tube and joining (fertilizing) an egg. A hysterosalpingogram also may find problems on the inside of the uterus that prevent a fertilized egg from attaching (implanting) to the uterine wall.

Baca yang ni pun da agak seram dan takut...huhuhu
Lepas da register kat Unit X-ray PPUM (kalau tak ada GL kena buat bayaran dulu) kena pergi ke depan sikit tunggu kat depan bilik X-ray.
HSG ni bukan X-ray macam nak masuk universiti dulu... 
Lepas tu nanti Dokter akan panggil nama kita..dan akan terangkan prosedur HSG kat luar tu... Kalau ada apa-apa nak tanya boleh tanya terus.. then kita kena sign sebagai persetujuan untuk buat HSG hari tu.
HSG kena buat pada CD 7- CD 10. Kena start puasa dari 1230 malam dan tak boleh bersama suami selepas habis period cycle tu.
Lepas tu..nanti nama akan dipanggil semula..masuk-masuk dah seram..sebabnya suasana dalam tu cam takut jugak...dalam tu gak ada ramai nurse dan doctor practical. So prosedur jadi lambat sikit sebab sambil nk buat HSG doktor kena explain kat practical tu.
Lepas tu kena tanggal seluar dan underwear sahaja dan boleh baring atas 'katil' tu... Doktor tu akan kenalkan diri dan inform siap-siap memang akan sakit sikit.. =(
Setiap prosedur yang dibuat doktor akan inform kat kita.. tak ada la kita terkejutkan...hehehehe...
Doktor akan cuci tempat tu dan akan buat bukaan dengan Speculum (macam mulut itik tu).. time ni akan rasa sakit sikit...time ni aku tarik nafas dan lepas perlahan-lahan dan cuba untuk relax..
Lepas da tu..tiub akan dimasukkan..time ni pun rasa macam tak selesa...(sakit gak sebenarnya)
Doktor akan inject dye (contrast) dalam tiub tu...time ni sius lagi sakitt...dan rasanya macam senggugut... Aku berjaya hilangkan rasa sakit tu dengan cuba relax dan tarik nafas lepas perlahan-lahan...dan cuba bersembang-sembang dengan nurse...doktor akan minta kita kebelakang sikit tapi jangan angkat punggung...aku perlahan-lahan gerak kebelakang (sambil tahan sakit).
Lepas tu..doktor akan amek x-ray uterus, tiub dan ovary. 
Alhamdulillah...tiub-tiub normal dan tak ada blockage. Time ni memang aku lega sangat... Doktor tu tunjuk kt screen dye (contrast) tu masuk ke tiub dan ovary...
Memang lepas HSG ni akan keluar lendir dan darah-darah sikit... Kena pakai pad dan minum air banyak-banyak.
Sepanjang dua hari ni...memang ada spotting cket dan rasa xselesa kat tempat tu... kena hati-hati dan balik kena rehat... aku dapat MC 1 hari...
Lepas ni blood test pada CD 21 dan suami kena buat sperm test.

Kos untuk HSG: RM 140

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-Anbiya ayat 89)










4 comments: