Thursday 19 March 2015

1st appoinment PPUM

12/3/2015

Hari ini adalah hari 1st appoinment aku di O&G PPUM. Bermulalah step untuk TTC secara serius.

Sebelum ni just makan-makan supplement. Even baru setahun lebih kami berkahwin, aku rasa sudah sampai masa aku move to next step. Jumpa pakar. Sebab aku rasa tak kan nak tunggu lama-lama baru nak check. Tahun ni aku da 28 tahun da. Yela buat treatment TTC ni tak kan la hari ni check2 buat treatment esok da pregnant kan.. Memang ambil masa.

Actually da call PPUM since dari awal Bulan February 2015. Tapi dapat tarikh appoinment 12/3/2015. Lama juga tu. Persediaan untuk buat treatment di PPUM kena dapat Referral Letter dari mana-mana klinik (tak kesah klinik swasta atau kerajaan) dan call PPUM untuk dapatkan tarikh appoinment. Kalau suami atau isteri kerja gomen, boleh siap-siap minta GL.

Memandangkan appoinment pukul 9 pagi, kami decide naik motor aje...tak sanggup nak join jem kat federal pastu cari parking kat PPUM tu.. Tempat appoinment tu kat Kompleks Wanita, Tingkat 4.

Sampai-sampai terus register kat kaunter. Kalau tak pernah ada rekod kat PPUM, dorang akan minta alamat office, kerja kat mana...sebabnya dorang nak masukkan data.

Lepas tu nurse akan ukur tinggi dan berat untuk rekod BMI. Lepas da settle, kena turun bawah balik untuk buat bayaran pendaftaran. Caj yang akan dikenakan jika tak ada GL:

Registration fee: RM 5
Consultation fee: RM 20
Ultrasound: RM40

Lepas tu kena tunggu giliran untuk ultrasound. Dokter akan buat TVS untuk check ovary dan rahim kita. Pengalaman pertama buat TVS...jgn cakap lah..bahahaha...actually harini aku tgh period...CD 2...so, katanya sesuai sangatlah buat TVS...

Lepas selesai kena tunggu lagi untuk jumpa dokter. Tapi dokter lain... Kat sini kena interview...suami isteri.. Tanya berkenaan period, sejarah penyakit family, berapa lama kahwin etc.....lebih kurang 20minit kot kena soal siasat.

Then, tunggu kat luar lagi...dan ada nurse sorang ni akan briefing apa step seterusnya yang perlu aku dan suami buat sebelum 2nd appoinment. Dia bagi tempoh 2 bulan untuk selesaikan test-test berikut:

HSG- kena buat pada CD 10 (isteri)
Blood test- HIV etc (suami isteri)
Blood test- CD2 dan CD 21 (isteri)
Sperm test: ada setiap hari selasa dan khamis (suami)

Memandangkan hari ni CD 2 so aku boleh buat blood test CD 2 sekali dgn test HIV tu.... (jimat darah)...kih3...Untuk blood test, appoinment untuk HSG dan appoinment sperm test kena buat sendiri kat Menara Selatan, PPUM...

Kos untuk blood test: RM 184 (isteri) RM 50 (suami)
**HIV, DRL, Hep Bs, Ag
+ FSH + LH + Prolactin+ Testosterone+ FT4, TSH (test tambahan untuk isteri)

Tak tunggu lama pun untuk blood test..sebab ada ramai nurse...

Rezeki kami, untuk HSG boleh buat cycle ni... so 20/3/2015 aku akan ber HSG....

Takut memanglah..tak boleh bayangkan cana... Da try google pengalaman TTC lain... mostly memang sakit katanya...huhu...mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar..

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa” ((Ali-'Imran 3: 38)


suasana di kompleks Wanita, PPUM (sumber: Google)


1 comment: