Thursday 12 February 2015

Krabi Trip 2015- Day 2: Phi-Phi Island Tour & Krabi Night Market

25.01.2015

Untuk Pakej Phiphi island, agent akan pickup kat hotel pukul 830am. Kami jalan ke jalan besar dekat dengan AoNang Miti Resort untuk beli breakfast. Ada gerai Islam jual breakfast. Aku beli nasi ayam dengan kueh-kueh pastu makan kt hotel sebab takut tak perasan agent datang untuk pickup. Better breakfast dulu sebabnya nanti lapor kat atas boat tu. Agent pickup dari hotel terus ke jeti Aonang.

Agent pickup guna lori ni kat hotel
Lama gaklah tunggu. Orang Thai ni jaga kebersihan bot. Dorang suh semua tanggal kasut letak dalam satu tempat. Kira nanti dalam bot memang kaki ayam la.. Aku dengan Mr. H duduk kat depan bot. Memang best sebab akan nampak view berbanding duduk kat belakang.. TAPI......untuk yang jenis cepat mabuk..bersedialah engkau dengan plastik...huhu..aku termuntah tapi nasib sempat mintak plastik..semua yang lain syco tengok aku muntah...hohhoho....

Bamboo Island
First sekali, dorang akan berhenti kat Bamboo Island. Kat sini je pun laut memang da crystal clear...ombak memang kuat kat sini..kalau pakai topi, pakai yang jenis ada tali. Kalau tak senang terbang nanti topi. Kat sini dalam 30minit camtu. Tapi rasa tak puas sebabnya rasa macam kejap sangat je pastu rushing naik bot..

Bamboo Island dari jauh
ape-apehal #selfie dulu
model pulau buluh

Monkey Bay
Kat sini lokasi untuk snorkeling. Bot akan berhenti kat tengah-tengah dan boleh terus terjun. Guide tu cakap bahaya kat sini sebab banyak monyet..tapi aku tengok ramai je berhenti kat pulau ni...hurmm.... kat sini aku tengah mabuk2 laut lagi. time snorkeling tu aku sempat muntah dalam laut...kah3...pas2 semua ikan datang sebab ingat makanan.. kat sini pun sekejap gak.. xsampai 30minit pun aku rasa.

kena terus terjun dr boat

Viking cave
Kat sini tak berhenti turun pun. Sightseeing je.. Gua ni katanya da banyak rosak sebab Tsunami & kat dalam tu ada sarang burung.

tgk dari jauh jela

Loh Samah Bay
Yang ni memang cantik giler aku rasa. Bot akan slow2 masuk dan tak bestnye... kat sini tak berhenti gak. Sightseeing aje... Ada gak bot yang berhenti snorkeling kat sini...sius kalau berhenti lama kat sini memang lagi best..Air memang crystal clear nampak dasar laut tu..

boat akan slow-slow kat sini

mmy crystal clear laut kt sini

Maya Bay
Kat sini boleh berhenti dan mandi. Apa yang boleh aku cakap...memang best giler kat sini....pasir dia memang halus...sedap je pijak...kat sini la tempat Leonardo Dicaprio berlakon dalam citer The Beach. Aku ase kalau die provide masa kat sini lama sikit kan best. Nin tak..30min je kot.

kata-kata aluan kat Maya Bay
pasir memang haluusss

memang panas kat sini..sampai dalam laut pun ko pakai topi

Phi-phi Don Island
Yang ni destinasi last la untuk tour ni...kiranya yang tadi tu area Phi-Phi Ley.. Phi-Phi Don ni ada resort dan hotel. Boleh spend 1 hari kat sini kalau nak explore pulau ni.
Kat sini kami dibawa untuk Buffet Lunch. Makanan memang sedap ke sebab lapar tu sebab makan banyak.. Lepas lunch tu, kami sempat beli aiskrim..panas-panas makan aiskrim..memang best la.. lepas tu sempat gak kami mandi-mandi kt pantai...pantai kat sini pun memang cantik.

jemput makan...sori org sbela tak nampak kepala

effect pasir tu  #doyounote

pose ni jela mampu aku wat

Lepas tu dalam pukul 2.50pm semua da kena ready kat boat dan berakhirlah Phi-phi Island Trip.. Balik ke Aonang dalam 40minit camtu. Lepas tu kami dihantar balik ke hotel masing-masing.

Lepas da berehat jap..kami terus cari motor sewa. Kami sewa motor 2 hari terus. BHT 200/day. Lepas tu terus merempit g pasar malam Krabi. Merempit ke pasar malam tu lebih kurang 15-20 minit. Alhamdulillah tak sesat-sesat. Ikut gps. Cari Maharaj Road. Pasar malam Krabi tak lah besar sangat macam pasar kat stadium shah alam tapi memang happening!

rempit krabi

Kat sini kami memang borong souvenir untuk bawa pulang nanti. Harga memang jauh lebih murah kalau nak compare beli kat kedai-kedai area Ao Nang tu. Kami sempat beli ayam goreng, Banana+nutella pancake, aiskrim kelapa, ice blended mangga dgn buah jambu air untuk kunyah-kunyah.


Nama jalan pasar malam Krabi tu Maharaj Soi 8

ice-cream kelapa..sedap

Banana+nutella pancake

Lepas tu tak terus balik hotel. Sempat singgah berurut kt Aonang. Nama kedai pun tak ingat. Tapi kedainya tingkat atas. Dari luar boleh nampak. Kami ber foot massage harga THB 250 sorang. Yang bagusnya dorang nampak aku bertudung terus dia suruh aku g kat area untuk full body massage dan Mr. H kat kerusi luar je..hihi... memang best dan aku sampai tertidur time dia urut tu..

Then, kami terus balik hotel dan prepare untuk aktiviti esok.

4 comments:

  1. Replies
    1. cra pose yg nmpk kurus..ko refer pic yg mne ni? aku tgk gemok je suma..hahaha...

      Delete