Wednesday 25 February 2015

8 tahun sudah!!

23.02.2015

Hua..tak sangka Isnin lepas genap 8 tahun pengenalan sebagai kekasih dengan shubenku..

8 years & still counting...

Tapi hidup bersama (berkahwin) baru 1 tahun 2 bulan... Alhamdulillah

Kenal dari lepas SPM..tapi start bercinta 8 tahun yang lepas. Kami tak punya apa-apa time tu.. yela student lagi kan. Harta pun motor je.. tu pun bukan dari titik peluh sendiri nak dapatkannya.. hihihihi

Kalau nak dikenang..macam-macam da kita lalui bersama-sama...Susah senang bersama, bangun jatuh bersama, gaduh-maduh..macam-macam lagilah....dulu time bercinta pjj gitu..aku kat Shah Alam dia kat Johor...time cuti sem je jumpa...

Alhamdullillah jodoh kami untuk menjadi pasangan suami istri yang sah pada 20 December 2013. Aku bersyukur kerana dijodohkan dengan shubenku yang bukanlah baran suka marah-marah dan sangat memahami...

Selama 8 tahun bercinta ini lepastu da berkahwin...kami makin serasi dan makin saling memahami. Tak la terlalu perfect. Tapi alhamdulillah kami saling lengkap melengakapi dan yang kurang itu jadi baik dan sempurna saja di mata kami.

8 tahun yang indah buat kami berdua dan aku berharap tahun ini kami akan menimang cahaya mata.. InshaaAllah...Aku yakin semua yang terjadi ada sebabnya dan Allah swt tak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambaNYA.. semoga aku dan husband ku akan lebih bertabah serta tidak mudah putus asa dan sentiasa positif atas ujian ini.... paling susah nak positif......huhuhuhu....

Apa yang aku harap selepas ini...hubungan kami akan kekal bahagia dan mudah-mudahan bertambah indah...Paling penting rasa bahagia, cinta, kasih sayang dan keserasian tetap kami kekalkan dari hari ke hari.

Bukan senang nak buat hubungan ini berada di fasa yang sama tanpa rasa jemu. Tak senang nak sentiasa happy dan romantik...dan bukan senang nak bawak penghuni rumahtangga ke syurga....mudah-mudahan kami berjaya menempuh hari-hari yang mendatang dengan jayanya. InshaaAllah...

Semoga rumah tangga kita kekal bahagia selamanya.....





Tuesday 24 February 2015

Krabi Trip 2015- Day 4: Sunrise di Rimlay Villas

27.01.2015

Lepas solat subuh terus siap-siap nak kejar sunrise gitu... Last semangat g tengok Sunrise kat Mt. Bromo, Surabaya...
suasana pagi

Specialnya Rimlay Villas sebab memang betul-betul menghadap Pantai Aonam Mao. Kat pantai sini ada gak Long Tail Boat. Agaknya untuk g pulau-pulau terdekat macam Railay. Rasa tenang je seronok duduk kat sini....

suasana yang tenang



subhanallah
Lepas da puas bergambar...terus g breakfast. Rimlay Villas provide breakfast. Tapi bukanlah buffet. Dia ada set-set yang kena pilih. Bolehlah nak wat isi perut.

aku pilih French Toast set

Breakfast sudah..terus terjun kat swimming pool. Best sebab tak ramai kat sini. Tak perlu berebut nak mandi..hehehe..Sebelum checkout sempat bergambar kat Rimlay Villas ni. Rimlay juga provide Free shuttle ke Ao Nang 2 kali sehari. Tak silap 11am dengan 6pm. Time lain kena charge THB150.





Mau pulang sudah
Kami terus gerak ke agent tempat kami beli tiket bas ke Krabi Airport. Simpan letak beg suma kat situ pastu baru pergi lunch.

Tempat makan cam biasa la... gerai bermotor kat Aonang tu. Menu terakhir kat sini Tomyam Khai dan ayam serta udang goreng. Perut memang kenyang giler. So decide nak pergi jalan-jalan dulu kat Tesco Lotus pastu datang balik kat sini nak makan pancake Yameelah tu. Sekali datang balik makcik rock tu g rehat kot..huhu...tak dapat la nak beli kat situ. Beli kat gerai lain pastu tapau. Pancake tu makan kat Airport..hehehe...

Flight balik siap sampai awal 30minit lagi. Kena tunggu dorang load bag lambat sikit la.

Berakhirlah percutian kami di Krabi. InsyaAllah nak datang lagi kat sini. Nak g 4 island Trip dan Hong Island pulak.. kalau ada kesempatan nak g Emerald Pool lagi.....hehehhe...tak tahu sanggup lagi ke tak.

Redemption BCARD




Hari ni try redeem point guna Point Bcard. Ada 3000 lebih. Tak banyak choice untuk redemption. Kalau nak check point atau nak redeem boleh check kat BCARD

So, guna 1000 point dapat RM10 cash voucher LAZADA. Tak decide nak beli apa lagi sebabnya ambil masa dalam 2-3 minggu untuk proses redemption.

Friday 13 February 2015

Krabi Trip 2015- Day 3: Elephant Trekking, Emerald Pool & Rimlay Villas

26.01.2015

Dalam pukul 11am kami da siap-siap check-out tapi tumpang luggage kat lobby hotel.

Destinasi pertama, kami makan dulu kat area gerai bermotor Aonang. Lokasi nya berdekatan dengan Krabi Resort. Aku aim nak makan pancake kat makcik Yameelah yang glamour tu..hehe.. tapi malangnya tak ada pagi tu.. takpe la..maybe makcik tu lambat sikit kot. So aku makan nasi goreng dan Mr. H makan green curry. Order gak Teh ais. Memang sedap dan special rasa teh ais kat Thai ni.

ni la gerai bermotor

coconut shrimp satu bekas THB 50

Lepas da kenyang, kami terus merempit g Nosey Parker's elephant camp untuk jumpa gajah. Macam biasa ikut GPS dan selamat sampai dengan jayanya.. Sampai-sampai terus nampak gajah. Harganya THB 400/person untuk 30 minit. Pekerja kat sini pun memang baik dan ramah. Siap tolong amikkan gambar untuk kitorang.

Cuak gak naik gajah ni..bila dia jalan kat tempat tak rata dan berbukit paling suspend..hihihi...siap masuk dalam sungai. Lepastu pekerja dia bagi kami pisang untuk diberikan kepada gajah. Aku memang tak la nak g suap kat gajah tu makan. Tengok kaki dia pun da takut..

simple je kaunter Nosey Parker

atas gajah

driver gajah
Selesai bergajah kami singgah Noppatharat Beach untuk bergambar-gambar dan terus cari tuk-tuk untuk bawak beg kami ke Rimlay Villas. Rimlay Villas tu lebih kurang 5minit dari AoNang. Tuk-tuk paling murah kami jumpa THB 150. Okay la tu. Aku naik tuk-tuk dan bawak beg, Mr. H naik motor follow dari belakang.

selfie sat kat Noppatharat Beach

Sampai je Rimlay Villas memang terpegun..memang cantik villa ni... Tak rugi stay kat sini. Even jauh gak dari Aonang tapi bukan masalah sebabnya ada motor.hehe...lepas settle check-in destinasi seterusnya... Emerald Pool (EP)....
sampai pun
pintu masuk Rimlay Villas
Recommendation dari Tripadvisor 

deco for honeymooners 
Perjalanan ke EP tak senang macam disangka...hoho...jauh giler dari Aonang! Konon nak lebih adventurous.. amek kau..70km!!! dan kami MEREMPIT ok..

Route ke EP lebih kurang Aonang-Krabi Airport-Emerald Pool. Mksudnya jalan ke EP sama macam ke Krabi Airport. Lepas tu boleh follow ke Hotspring @ Emerald Pool.. Sama je jalan nya... Nak sampai ke Airport tu macam lebih kurang 20-30minit. Tapi nak sampai ke EP tu rasa-rasa 90minit kot. Dan paling malang..map yang staff kat Nosey Parker bagi tu ter'terbang' time kami merempit.. adoii...sedih betul...pastu Google maps Mr. H tetiba tak boleh locate EP.. Tak pe..kami teruskan juga perjalanan sebabnya still nampak signboard EP.

Dah rasa-rasa memang da nak sampai....dah masuk simpang..tiba-tiba signboard EP dah tak ada!! just ada Hotspring. Aku dengan confident nya cakap jalan hotspring dan EP tu tak sama. SO, kami pun terus dan TAK masuk jalan ke hotspring. Actually simpang masuk ke hotspring tu ada signboard Sa Morakot/ Crystal Pool. Dan lagi confident nya...aku cakap...bukan bukan.... tu lain... kami pun terus je dan rasa-rasa memang da jauh jugak dan tak nampak bayang..aku dah tak sedap hati.. ni apehal dah masuk kawasan kampung ni???

Kami pun berhenti dan tanya kat family thai yang lepak-lepak kat luar rumah... kami sebut Emerald Pool Emerald Pool....Emerald Pool.... dan respond dorang............................................................................


Serious..dorang macam... "ape ko bonda korang merepek ni?? adakah korang ni bercakap atau sedang ketawa? ke tengah bersenam??"

Dorang memang tak FAHAMMMMM.... dan lagi sedih..kami tak ada gambar atau map nak tunjuk dorang. sampailah Mr. H menggayakan 'swimming' ......


Adalah sorang aunty ni macam faham... dan tunjuk arah ke belakang.. maksudnya kami dah terlepas!!!

Walaupun macam kureng kondifent dengan makcik tu cakap...dan aku pun semangat nak ckp makcik tu silap...ni mesti dia nak cakap g Hotspring tu...huhu... tak pe..kita g je... xpun kita ikut je Crystal Pool tu... Pasrah jela kalau tak dapat g EP.. dapat g Crystal Pool pun tak pe.. dari tak ada...dah penat merempit jauh ni..tak kan nak balik je.. tak de rezeki nak g Emerald Pool...rezeki kita sampai Crystal Pool je pun tak pe..
=(

Setelah penat jalan dikelilingi pokok getah..jalan tak rata...macam-macam lagi lah...akhirnya kami sampai la..ke Cystal Pool atau nama dalam Thai Sa Morakot ATAAAUUU nama lain nya EMERALD POOOOOOOLLLLLLLL... apa kejadahnya...dr Aonang signboard ko da semangat tulis Emerald Pool..kat highway pun still EMerald Pool gak...simpang konon-konon da nak sampai tu pun masih Emerald Pool...tapi simpang terakhir tu tetiba dah jadi Crystal Pool?? apa ko agak-agak tu tempat yang sama ke destinasi yang lain????

Time tu rasa-rasa dah nak pukul 4pm. Mr. H 'parking' motor. Aku terus tergesa-gesa g kaunter tiket. Selamat kaunter cakap waktu last nak beli tiket masuk pukul 5pm dan pukul 6pm semua da kena balik/keluar dari sini....

Kami pun tergesa-gesa laju je jalan... dan last....mata ternampak.....

Emerald Pool

selfie dulu sebelum torjun

boleh nampak dalam air

hover



Alhamdulillah..sampai gak kat sini... memang cantik EP ni...berbaloi jalan jauh nak ke sini.... kami pun terus terjun..kena berhati-hati...licin kat sini...

Lepas dah berenang-renang...dan rasa ok..jom kita ke Blue Pool... ikut signboard Blue Pool..2km dari EP katanya...

Jalan-jalan...dengan sunyinya....jalan dari ikut ada trek batu..sampai dah kena ikut trek jalan hutan... akhirnya Kami give-up....sebabnya.. da nak gelap..tak ada orang...huhu

credit to FB: Muhammad Mamzah
Lepas tu terus g tukar baju dan merempit balik. Time ni gerai-gerai yang jual kat luar semua da tutup. Kami pun cepat-cepat balik sebab takut malam nanti kami still tak sampai lagi jalan besar. Teruskan perjalanan dan jalan balik ke Aonang rasa macam cepat je sampai...hehe

Dalam sejam lebih da sampai kat Aonang. Tak terus balik ke Rimlay Villas tapi terus ke gerai bermotor kat Aonang. Sampai-sampai nampak la Yaminlah Rotee Pancakes. Terus makan pancake kat situ gak. Makcik ni memang ramah dan rock sikit. Tapi pancake nya memang sedap dan garing. Lepas tu decide nak tapau makan kt Rimlay je. Order tomyam gung dan beli ayam goreng.

macam-macam jenis pancake

nila makcik Yaminlah yang famous tu



Sampai Rimlay pun da malam.. memang sunyi je..heheh..sesuai untuk honeymoon kat sini.... malam ni merupakan malam last kat Krabi..lepak & rest je kat dlm bilik....

Thursday 12 February 2015

Krabi Trip 2015- Day 2: Phi-Phi Island Tour & Krabi Night Market

25.01.2015

Untuk Pakej Phiphi island, agent akan pickup kat hotel pukul 830am. Kami jalan ke jalan besar dekat dengan AoNang Miti Resort untuk beli breakfast. Ada gerai Islam jual breakfast. Aku beli nasi ayam dengan kueh-kueh pastu makan kt hotel sebab takut tak perasan agent datang untuk pickup. Better breakfast dulu sebabnya nanti lapor kat atas boat tu. Agent pickup dari hotel terus ke jeti Aonang.

Agent pickup guna lori ni kat hotel
Lama gaklah tunggu. Orang Thai ni jaga kebersihan bot. Dorang suh semua tanggal kasut letak dalam satu tempat. Kira nanti dalam bot memang kaki ayam la.. Aku dengan Mr. H duduk kat depan bot. Memang best sebab akan nampak view berbanding duduk kat belakang.. TAPI......untuk yang jenis cepat mabuk..bersedialah engkau dengan plastik...huhu..aku termuntah tapi nasib sempat mintak plastik..semua yang lain syco tengok aku muntah...hohhoho....

Bamboo Island
First sekali, dorang akan berhenti kat Bamboo Island. Kat sini je pun laut memang da crystal clear...ombak memang kuat kat sini..kalau pakai topi, pakai yang jenis ada tali. Kalau tak senang terbang nanti topi. Kat sini dalam 30minit camtu. Tapi rasa tak puas sebabnya rasa macam kejap sangat je pastu rushing naik bot..

Bamboo Island dari jauh
ape-apehal #selfie dulu
model pulau buluh

Monkey Bay
Kat sini lokasi untuk snorkeling. Bot akan berhenti kat tengah-tengah dan boleh terus terjun. Guide tu cakap bahaya kat sini sebab banyak monyet..tapi aku tengok ramai je berhenti kat pulau ni...hurmm.... kat sini aku tengah mabuk2 laut lagi. time snorkeling tu aku sempat muntah dalam laut...kah3...pas2 semua ikan datang sebab ingat makanan.. kat sini pun sekejap gak.. xsampai 30minit pun aku rasa.

kena terus terjun dr boat

Viking cave
Kat sini tak berhenti turun pun. Sightseeing je.. Gua ni katanya da banyak rosak sebab Tsunami & kat dalam tu ada sarang burung.

tgk dari jauh jela

Loh Samah Bay
Yang ni memang cantik giler aku rasa. Bot akan slow2 masuk dan tak bestnye... kat sini tak berhenti gak. Sightseeing aje... Ada gak bot yang berhenti snorkeling kat sini...sius kalau berhenti lama kat sini memang lagi best..Air memang crystal clear nampak dasar laut tu..

boat akan slow-slow kat sini

mmy crystal clear laut kt sini

Maya Bay
Kat sini boleh berhenti dan mandi. Apa yang boleh aku cakap...memang best giler kat sini....pasir dia memang halus...sedap je pijak...kat sini la tempat Leonardo Dicaprio berlakon dalam citer The Beach. Aku ase kalau die provide masa kat sini lama sikit kan best. Nin tak..30min je kot.

kata-kata aluan kat Maya Bay
pasir memang haluusss

memang panas kat sini..sampai dalam laut pun ko pakai topi

Phi-phi Don Island
Yang ni destinasi last la untuk tour ni...kiranya yang tadi tu area Phi-Phi Ley.. Phi-Phi Don ni ada resort dan hotel. Boleh spend 1 hari kat sini kalau nak explore pulau ni.
Kat sini kami dibawa untuk Buffet Lunch. Makanan memang sedap ke sebab lapar tu sebab makan banyak.. Lepas lunch tu, kami sempat beli aiskrim..panas-panas makan aiskrim..memang best la.. lepas tu sempat gak kami mandi-mandi kt pantai...pantai kat sini pun memang cantik.

jemput makan...sori org sbela tak nampak kepala

effect pasir tu  #doyounote

pose ni jela mampu aku wat

Lepas tu dalam pukul 2.50pm semua da kena ready kat boat dan berakhirlah Phi-phi Island Trip.. Balik ke Aonang dalam 40minit camtu. Lepas tu kami dihantar balik ke hotel masing-masing.

Lepas da berehat jap..kami terus cari motor sewa. Kami sewa motor 2 hari terus. BHT 200/day. Lepas tu terus merempit g pasar malam Krabi. Merempit ke pasar malam tu lebih kurang 15-20 minit. Alhamdulillah tak sesat-sesat. Ikut gps. Cari Maharaj Road. Pasar malam Krabi tak lah besar sangat macam pasar kat stadium shah alam tapi memang happening!

rempit krabi

Kat sini kami memang borong souvenir untuk bawa pulang nanti. Harga memang jauh lebih murah kalau nak compare beli kat kedai-kedai area Ao Nang tu. Kami sempat beli ayam goreng, Banana+nutella pancake, aiskrim kelapa, ice blended mangga dgn buah jambu air untuk kunyah-kunyah.


Nama jalan pasar malam Krabi tu Maharaj Soi 8

ice-cream kelapa..sedap

Banana+nutella pancake

Lepas tu tak terus balik hotel. Sempat singgah berurut kt Aonang. Nama kedai pun tak ingat. Tapi kedainya tingkat atas. Dari luar boleh nampak. Kami ber foot massage harga THB 250 sorang. Yang bagusnya dorang nampak aku bertudung terus dia suruh aku g kat area untuk full body massage dan Mr. H kat kerusi luar je..hihi... memang best dan aku sampai tertidur time dia urut tu..

Then, kami terus balik hotel dan prepare untuk aktiviti esok.

Wednesday 4 February 2015

Krabi Trip 2015- Day 1: Aonang Miti Resort

24.01.2015

Hari ni aku da start kerja balik.. semalam MC sebab penat sangat... Overall aku rasa best sangat holiday kat Krabi ni!! serious tak rugi kalau nak bercuti kat sini..

Ok.. flight ke krabi kol 5ptg. Cam biasa kakak aku tolong hantar kat KLIA2. Kali ni sampai awal sikit sebab nak relax2 & explore KLIA2 ni. Sempatlah makan Prosperity Burger kt sini.. Favorite Mr. H. Setahun sekali je ada burger ni...

Flight memang on-time. Sampai Krabi Airport dalam lebih kurang 1jam lebih. Sekejap je.. sape yang pre-book meal pun cam rugi sebab kejap je. Krabi Airport ni kecik je..so xpenat nk jalan. Lepas da settle kat imegresen, terus kitorang tukar duit kat Money Changer. Agak rugi gak sebab time ni currency Malaysia memang jatuh. 100baht: RM 11.7!!

Lepas da tukar duit, cepat-cepat g kaunter tiket bas ke Ao Nang. 150baht/person. Sebab sakit hati dengan currency Msia, kitorang pejam mata assume gak 150baht = RM 15..hehe...kalau tak pening nk convert2 kan. Lepas tu, driver akan tanya hotel sebab bas akan berhenti kat depan hotel. Bagus betul..Kol 6 (waktu Thai) agaknya baru bas gerak. Cm da nak maghrib2 da time ni... Nampak la sunset dr dalam bas

Tiket bas BHT150

ni dia bas yg kami naik
Dalam bas.. ada air-cond
Yang bestnya, bas ni berhenti kat Aonang Miti Resort dulu..tu yang best...hehe... Sampai-sampai terus checkin hotel. Sempat tanya-tanya gak harga Phi-Phi Island Tour dengan sewa motor. Harga agak mahal gak sebab kami budget untuk Phi-phi tour 1000baht & sewa motor 200baht/day.

Pintu masuk Aonang Miti Resort
Lepas settle urusan check-in kami dibawa ke bilik. Nombor bilik kami 303. Kami book Standard Room je.. harga dalam RM110/night kalau tak silap. Bilik kami ni agak special sikit.. sebab masuk2 bilik jumpa balcony dulu pastu baru ke katil. Katanya sebab kami request bilik Honeymoon..hehehe...ok la tu...cantik gak. Hotel ni hotel baru. Cantik dan bersih. Pool dia tak besar pun..tapi ok la... sebab kalau hotel-hotel budget area Aonang ni, biasa nya tak ada swimming pool. Hotel ni tak provide breakfast & tak ada cafe pun. Standard room tak ada bathtub pun. Kalau nak kena stay Deluxe Room. Hotel ni ada provide wifi.

Bilik kami 303
ni la..masuk2 jumpe balcony dulu
queen bed
simple je.. ade fridge

toilet yg ceria


Lepas da rehat-rehat kejap. Kami terus berjalan nak cari travel agent untuk Phi-Phi Tour esok. Yang tak best nya Aonang Miti Resort ni agak jauh gak..Rasanya dalam 15minit jalan baru sampai Pantai Aonang (kalau jalan sambil singgah2 boleh jadi 30minit). Akhirnya kami da book Phi-Phi Island dengan harga 1000baht. Lepas tu baru kami makan. Malam tu aku makan nasi goreng seafood & Mr. H makan Nasi pattaya. Sempat order Banana Nuttela Pancake. Memamg sedap!! Restoran ni kat area Aonang Smile Hotel. Makanan kat Aonang ni memang agak mahal sikit. Almaklumlah tempat tumpuan pelancong.. Budget kena lebih sikit untuk makanan.

Lepas settle makan, konon nak beli waterproof bag. Survey2 harga dalam 350baht-450baht untuk yang 10L. Lepas pikir-pikir balik, tak jadi beli & decide guna je backpack. Jalan-jalan lagi beli waterproof hp casing dan topi. Lepastu sempat singgah 7E beli gula-gula & minum jap terus balik hotel..

view time malam

view pagi-pagi