Wednesday 8 July 2015

BFN

Ok nak cerita chronology untuk 1st cycle with 50g Clomid.

CD 4 -CD 8
Start makan Clomid. Aku gigih set reminder untuk ingat makan clomid ni setiap pukul 10malam. Time ni Doc Chinese. Dia cadangkan buat IUI. Tapi memandangkan dah nak puasa, kami decide untuk hanya monitor telur lepas da makan clomid.

CD 11
Appoinment kat PPUM dan TVS. Progress hari ini follicle mmg sentiasa byk....huhu...tapi ada satu telur kat ovary kanan yang nampak perkembangan nya.. tak silap dalam 13mm

CD 13
TVS sekali lagi untuk monitor telur...size telur tu da 18mm...alhamdulillah.. akhirnya ada good respond lepas makan clomid.. Time ni nurse da cadangkan masa untuk BD..

CD 15
Size telur da 20mm++ Da sangat bagus katanya... Time ni doktor India... Dia pun cadangkan untuk IUI sebabnya size telur da cantik. Mungkin dia tak faham bulan puasa bukan setakat puasa tak makan je...hehehe... So hari ni kena beli ubat untuk inject kat perut. Tujuan nya untuk matangkan telur. Ubat ni tak boleh guna G/L tapi boleh claim kemudian. Harganya tak silap RM 60. Kena beli kat Farmasi PPUM.

Lepas tu kena jumpa nurse balik untuk inject kat perot.. Dengar macam seram dan sakit... Tapi tak sakit pun..hehehe... Just procedure nak campurkan cecair dengan serbuk tu macam susah sikit. Ovulation dijangka dalam masa 36 jam selepas injection tu...

CD 28
Sepatutnya kena datang PPUM untuk blood test check HCG...Tapi aku tak g pun...sebabnya ada perasaan berat macam nak period...huhuhu...

CD 32
AF...Akhirnya aku period dengan jayanya... Walaupun sedih juga...tapi aku sepatutnya happy sebab period kali ni boleh la nak dikatakan on-time...tak payah makan ubat untuk induce period macam sebelum ini....

Next target....baby Syawal...InshaAllah...Semoga usaha kami suami isteri dimudahkan Allah SWT..


2 comments: