Monday 22 December 2014

Selamat Ulangtahun Pertama: Flora Kafe

***tepuk tangan kuat-kuat***

Alhamdulillah 20/12/2014 hari sabtu lepas genap setahun perkahwinan kami. 20/12/2013 yang lepas kami selamat diijab kabul di Masjid Ar-Rahimiyah, Klang. Cepat sungguh masa berlalu...sedar-sedar dah setahun perkahwinan kami. Untuk celebrate Mr. H decide nak Hi-tea kat Dorsett Regency Kuala Lumpur. Voucher beli di Groupon. Mula-mula decide nak makan kat Laman Grill, Restoran Chef Zubir tu. Tapi bila tengok-tengok harga...rasanya lagi berbaloi makan buffet. Bila da siap-siap beli, Mr. H call dan rupanya tarikh 20/12/2014 da FULL!!hohohoho...Tak pe la..kami postponed Hi-Tea kt situ 27/12/2014 ni...

Tapi macam tak seronok pulak tak ada makan-makan istimewa 20hb tu..... =(

Macamana kami luangkan masa untuk celebrate??

Last-last dalam kereta, kitorang decide, nak pergi IKEA. Kononnya Mr. H nak tengok kabinet tv idaman dia tu dah ada stok ke belum...nampaknya belum ada lagi... staff kat situ cakap next month baru ada.. sabar jela yer.. Sebenarnya, kitorang da plan nak makan-makan kat Flora Kafe kat Jalan Ampang tu pukul 8 malam tu. Nanti aku share apa yang ada kat Flora Kafe tu.. Kitorang sempat tengok movie....

Manisnya Cinta di Cappadocia

Ceritanya.... okay-okay la.... bagi aku tarikan cerita ni sebenarnya Fazura dan ni filem Bernard Chauly. Agak slow sikit ceritanya..Boring gak.. tapi lepas tengok cerita ni, Turkey da jadi salah satu tempat yang aku nak pergi satu hari nanti....

Lepas habis cerita ni, kami sempat minum-minum dan makan murtabak ayam kat Teh Tarik Place, Curve..

Lepas tu, barulah kami gerak ke Ampang... Tapi rasa macam awal lagi... kitorang singgah Alpha Angle, Wangsamaju.. TUJUAN: nak beli kad anniversary kat Memory Lane.. beli sama-sama yer..hahahaha

Dalam 8.30pm kami sampai la kat Flora Kafe.. Cantik dan romantik ok... Bunga-bunga terjuntai-juntai gitu.. Depan kafe ni, ada Secret Receipe. Actually, aku da reserve hari Khamis. Macam terlambat gakla.. sebabnya meja da tak banyak yang available.. Flora Kafe ni, ada Pakej Romantik Candle Light Dinner taw.

add-on RM 70 untuk belon
 Tapi disebabkan byk da tak available & kitorang rasa tak berbaloi untuk bayar agak mahal gak dlm RM200 tapi tak dapat table kat dalam.. kitorang decide makan ala-carte sahaja..sebabnya makan best-best 27hb ni..hehe.. so, tak ada la lapik meja lip-lap, lilin-lilin berderet....tapi da cukup istimewa..sebab ada lilin dan bunga atas meja kami..

Ni Pintu masuk Flora Kafe
Menu kat sini ada gak Western. Tapi aku rasa ramai datang sini makan masakan melayu. Apa yang kitorang makan???

Aku pilih Daily Set- Ayam Cili hijau (RM 17) dan Mr. H Rendang Daging Set (RM 17). Daily Set ni, termasuk air sekali taw. Boleh pilih Sirap limau, Sirap selasih, Kordial Laici. Lepas tu add on Udang goreng tepung (RM 12).

set nasi

antara lauk-lauk
SEDAP KER?????

Rendang daging Flora Kafe ni..memang sedapp!!!! Ayam cili hijau tu pun sedap gak.. Tapi ayam aku tu ada merah-merah sikit..terus rasa tak seronok.. Portion makanan nya besar. Boleh share. Udang goreng tepung tu pun so-so aje & tak mengancam mana..

Yang special kat sini sebenarnya suasana kat kafe ni... Bila kita rasa tenang dengan suasananya..automatik rasa seronok nak makan.. Layanan kat sini pun okay jugak. Tak sombong. Tapi kalau rasa nak dapat layanan yang 1st class, ofkos korang kena la amek Pakej yg RM 192.50. Memang meleret senyum waiters kat situ. Kalau table korang tak lip-lap, 2nd class la... time mintak bill, "bang, bayar dalam"...hehehehe.. Ok.. kafe ni table dia limited gak. So, korang kena la book awal-awal. 

untuk tempahan: 03-2161 8010, 012-207 0166 (Mell)
Facebook: Flora Kafe


shuben baru nak tulis kad =) Love u



6 comments:

  1. As salam...hepi belated anniversary...semoga bahagia till jannah...hihi anniversary sy pun br je lps...in december jugak...thanks sudi jengah blog sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Rozana... hua... sama bulan...hihihi... hapi belated anniversary gak... semoga berbahagia till jannah =)

      Delete
  2. Hai art..hehe..
    Happy belated anniversary both of u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai afa..tq tq....hehe.. hepi belated anniversary gak affa... =)

      Delete