Friday 25 September 2015

IUI

Tajuk post hari ni senang je... IUI...hehe... Tapi nama panjangnya Intrauterine Insemination..

Ni merupakan IUI percubaan pertama. Memang cuak je memanjang.. Kami akan cuba yang terbaik.. semuanya Allah juga yang telah tentukan.

14/8/2015 (CD 1)

Ok macam biasa, hari 1st period kena call PPUM untuk set appoinment. 1st day aku hari jumaat. Patutnya appoinment masa 2nd day period. Hari sabtu klinik tak bukak.. So, kena datang hari isnin.

17/8/2015 (CD 4)

Time ni period macam da nak kering...hurm...period kali ni pun cam segan-segan nak keluar. Masa TVS pun telur masih kecik-kecik dan BANYAK (pcos katanya).

hari ni start makan clomid 50mg selama 5 hari. Doktor cakap next cycle baru tambah dos. Maka, set la reminder kat hp untuk makan clomid pukul 10malam selama 5 hari.

Doktor tak cakap pun, tapi aku baca-baca ramai yang sarankan untuk makan waktu yang sama.

Cost untuk hari ni (GL-Free):

Consultation Fee RM 15
TVS                     RM 20

24/8/15 (CD 11)

Appoinment PPUM untuk monitor telur. Waaa..xsangka ada 3 telur size yang ok. Alhamdulillah.. Tak silap size telur hari ni 18,16,15. Boleh proceed IUI masa CD 14.

Nurse akan terangkan procedure IUI. Hari ni kena beli Pregnyl dan Utrageston kat Pharmacy PPUM. Ubat yang ni kena bayar tak boleh guna GL. Pregnyl harga dalam RM 81 dan Utrageston harga RM 2/biji.

25/8/15 (CD 12)

Hari ni kena cucuk sendiri Pregnyl kat rumah. Mr. H la yang kena cucuk sebabnya aku tak berani.. =) Ada la step-step nak cucuk dan cucuk kat perut taw. Tak sakit pun tapi mestilah rasa pedih sikit.

27/8/15 (CD 14)

Kena datang awal sikit. Sebab suami kena keluarkan specimen & lab kena cuci-cuci sikit. Sementara lab buat proses nurse suh g breakfast dan buat payment. Cost untuk IUI RM530. Nurse siap pesan minum air banyak sikit pastu jangan kencing...

Dalam 930am da siap-siap tunggu nama kena panggil. Gigil-gigil kaki....sebab tahan kencing..hahaha.. pastu nurse panggil dan IUI pun buat kat bilik scan/TVS je... Suma da standby dan doktor pun masuk. Nama Doktor yang incharge Dr. Nuegulis. Doktor ni gaya dia memang relax... Cepat je tiba-tiba da siap IUI....waaa....sakit? mmg sakit sikit sebab alat dia guna tu lebih kurang macam HSG. Tapi IUI masukkan sperm HSG masukkan dye berwarna....

Nurse suruh baring je dalam 20 minit camtu. Then ada sorang nurse akan explain cara-cara gunakan ubat Utrageston. Ubat tu kena insert vaginaly. 2 biji 2 kali sehari...

Dalam masa 14 hari if belum period, kena datang untuk blood test..