Agent pickup guna lori ni kat hotel |
Bamboo Island
First sekali, dorang akan berhenti kat Bamboo Island. Kat sini je pun laut memang da crystal clear...ombak memang kuat kat sini..kalau pakai topi, pakai yang jenis ada tali. Kalau tak senang terbang nanti topi. Kat sini dalam 30minit camtu. Tapi rasa tak puas sebabnya rasa macam kejap sangat je pastu rushing naik bot..
Bamboo Island dari jauh |
ape-apehal #selfie dulu |
model pulau buluh |
Monkey Bay
Kat sini lokasi untuk snorkeling. Bot akan berhenti kat tengah-tengah dan boleh terus terjun. Guide tu cakap bahaya kat sini sebab banyak monyet..tapi aku tengok ramai je berhenti kat pulau ni...hurmm.... kat sini aku tengah mabuk2 laut lagi. time snorkeling tu aku sempat muntah dalam laut...kah3...pas2 semua ikan datang sebab ingat makanan.. kat sini pun sekejap gak.. xsampai 30minit pun aku rasa.
kena terus terjun dr boat |
Viking cave
Kat sini tak berhenti turun pun. Sightseeing je.. Gua ni katanya da banyak rosak sebab Tsunami & kat dalam tu ada sarang burung.
tgk dari jauh jela |
Loh Samah Bay
Yang ni memang cantik giler aku rasa. Bot akan slow2 masuk dan tak bestnye... kat sini tak berhenti gak. Sightseeing aje... Ada gak bot yang berhenti snorkeling kat sini...sius kalau berhenti lama kat sini memang lagi best..Air memang crystal clear nampak dasar laut tu..
boat akan slow-slow kat sini |
mmy crystal clear laut kt sini |
Maya Bay
Kat sini boleh berhenti dan mandi. Apa yang boleh aku cakap...memang best giler kat sini....pasir dia memang halus...sedap je pijak...kat sini la tempat Leonardo Dicaprio berlakon dalam citer The Beach. Aku ase kalau die provide masa kat sini lama sikit kan best. Nin tak..30min je kot.
kata-kata aluan kat Maya Bay |
pasir memang haluusss |
memang panas kat sini..sampai dalam laut pun ko pakai topi |
Phi-phi Don Island
Yang ni destinasi last la untuk tour ni...kiranya yang tadi tu area Phi-Phi Ley.. Phi-Phi Don ni ada resort dan hotel. Boleh spend 1 hari kat sini kalau nak explore pulau ni.
Kat sini kami dibawa untuk Buffet Lunch. Makanan memang sedap ke sebab lapar tu sebab makan banyak.. Lepas lunch tu, kami sempat beli aiskrim..panas-panas makan aiskrim..memang best la.. lepas tu sempat gak kami mandi-mandi kt pantai...pantai kat sini pun memang cantik.
jemput makan...sori org sbela tak nampak kepala |
effect pasir tu #doyounote |
pose ni jela mampu aku wat |
Lepas tu dalam pukul 2.50pm semua da kena ready kat boat dan berakhirlah Phi-phi Island Trip.. Balik ke Aonang dalam 40minit camtu. Lepas tu kami dihantar balik ke hotel masing-masing.
Lepas da berehat jap..kami terus cari motor sewa. Kami sewa motor 2 hari terus. BHT 200/day. Lepas tu terus merempit g pasar malam Krabi. Merempit ke pasar malam tu lebih kurang 15-20 minit. Alhamdulillah tak sesat-sesat. Ikut gps. Cari Maharaj Road. Pasar malam Krabi tak lah besar sangat macam pasar kat stadium shah alam tapi memang happening!
rempit krabi |
Kat sini kami memang borong souvenir untuk bawa pulang nanti. Harga memang jauh lebih murah kalau nak compare beli kat kedai-kedai area Ao Nang tu. Kami sempat beli ayam goreng, Banana+nutella pancake, aiskrim kelapa, ice blended mangga dgn buah jambu air untuk kunyah-kunyah.
Nama jalan pasar malam Krabi tu Maharaj Soi 8 |
ice-cream kelapa..sedap |
Banana+nutella pancake |
Lepas tu tak terus balik hotel. Sempat singgah berurut kt Aonang. Nama kedai pun tak ingat. Tapi kedainya tingkat atas. Dari luar boleh nampak. Kami ber foot massage harga THB 250 sorang. Yang bagusnya dorang nampak aku bertudung terus dia suruh aku g kat area untuk full body massage dan Mr. H kat kerusi luar je..hihi... memang best dan aku sampai tertidur time dia urut tu..
Then, kami terus balik hotel dan prepare untuk aktiviti esok.
Ada next trip x? hehehe
ReplyDeleteexplore tempat len la pulop =P
Deleteart..ko sangat kurusss.. ;)
ReplyDeletecra pose yg nmpk kurus..ko refer pic yg mne ni? aku tgk gemok je suma..hahaha...
Delete