Hari ini da rabu.. tazzabar nak bercuti!!
Sabtu ni kami akan ke KRABI... tix da beli lama. Tak silap bulan 6 tahun lepas. Mr. H yang beli.. konon-konon nak celebrate anniversary. Tapi memandangkan bulan 12 tix flight semua mahal-mahal, postponed bulan 1 ni...
Preparation yang dibuat sebelum ke Krabi xbyk...antaranya:
Hotel
Kami akan stay 2 hotel yang lain semasa di Krabi. Kononnya malam last kat Krabi nak duduk hotel yang best-best sikit. Tepi pantai gitu. Tapi memandangkan bulan Januari ni peak season kat Krabi, hotel-hotel memang mahal!! So, untuk 2 malam kami stay kat hotel budget je sebabnya kami da plan byk aktiviti luar. Kami book thru agoda ...harga paling murah lepas da check kt tripadvisor. Untuk 24-26 Jan 2015 kami akan stay di Aonang Miti Resort dan malam last di Rimlay Villas.
Transport & Travel agent di Krabi
Kami plan da sampai sana, nak sewa motor je. Tak amik mana-mana travel agent pun. Plan da sampai sana baru walk-in tengok-tengok pakej yang ada.
Aktiviti
Aktiviti dan tempat-tempat wajib akan kami pergi:
1) Phi-Phi Island Tour
2) Emerald Pool
3) Elephant Trekking
4) Krabi Night Market
5) Sunset di Pantai Aonang
6) Sunrise di Pantai area Rimlay Villas
Tukar duit
Biasanya kami akan tukar duit di Money Changer Mid Valley. Lepas Mr. H da buat survey, rate sekarang da mahal memandangkan currency RM da jatuh...hohoho... agak rugi disitu. So, kami akan tukar duit cukup-cukup untuk tambang bas dari Krabi Airport-Ao Nang dan untuk makan-makan. Mr. H plan nak tukar duit di Krabi nanti.
Lagi 2 hari je...memang tak ada mood langsung nak buat kerja (bukan memang memanjang tak de mood ke kt opis??)..otak da pikiran mmmggg mood Krabi je.....
sengaja blur...sebab belum sampai |
YEAY....journey to Shabi!!!
ReplyDelete