Wednesday, 10 December 2014

Langkawi Trip 2014- Day 1: KLIA2

Salam Semua.

Trip kali ini dinamakan Trip Kursus+Honeymoon..hihi.. Sebenarnya aku kena attend Seminar Koperasi di Langkawi Seaview Hotel selama 2 hari je. Tapi dah alang-alang boleh bercuti sekali dengan Mr H. So, kami di Langkawi dari 30 Nov- 3 Dis (4 hari 3 malam). Actually awal tahun 2014, kami da ber honeymoon di Langkawi juga dan nak dijadikan cerita, tahun 2014 ni Family Day office aku di Langkawi juga. Maknanya tahun 2014 aku ke Langkawi 3x!!! Gilor kau! Melampau!!


Ok. kami ke Langkawi dengan Now everyone can fly. Kami book ticket last minute juga. Tapi syukur dapat tiket yang bolehla nak dikatakan murah. Ticket return hanya dalam RM 338 untuk 2 orang termasuk Buggage. Trip kali ni kira first time kami laki bini naik dari KLIA2. Wow so impressed.. KLIA2 da macam shopping mall dasat! Tapi nak aku ingatkan, dah nama macam shopping mall, so KLIA2 ni sangat la besar dan korang suma perlu berjalan jauh hokey. Boleh semput nak sampai departure Hall. Korang dinasihati kena ada stamina untuk berjalan..hehe.. Aku minta tolong kakak aku untuk hantar kitorang kat KLIA2. Flight kitorang pukul 6.25pm dan sampai ke Langkawi lebih kurang 1 jam. 

Kami sampai di Langkawi lebih kurang 7.30pm cemgitu. Transport kat sana kami dah booking siap-siap sekali dengan Pakej Island Hopping. Urusan transport dgn Island Hopping Mr H yang uruskan memandangkan kawan dia kerja kat Langkawi. Kononnya kereta MYVI baru. Pastu sampai-sampai tengok VIVA auto aje. Tapi ok la sebab kereta masih baru. VIVA auto RM 80/day dan orang tu berbesar hati nak charge untuk 3 hari sahaja walaupun kami nak guna kereta selama 4 hari. Island hopping RM 35 sorang.

Kami tidak terus ke hotel. Kebetulan kawan-kawan Mr H ada yang bercuti ada gak yang berkursus kat Langkawi. So, dorang ambil kesempatan konon-konon nak gathering. Kami makan di Restoran Sajian Aki's. Lokasi restoran ni ikut jalan ke Pantai Cenang dari jalan airport kedai ni belah kiri . Lepas tu barulah kami ke hotel kami. Memandangkan kami bajet memang sampai lewat kat Langkawi, kami decide nak stay kat Langkawi Uptown Hotel dan checkout pagi-pagi esok. Hotel ni hotel tahun 2014. Kira masih baru. Aku tak kisah pun hotel tak berbintang-bintang. Tapi keutamaan aku hotel BARU dan BERSIH. Overall hotel ni memenuhi kriteria aku. Harga pun okay dan hotel ni selesa. Toilet pun best siap guna rain shower ok. Bilik kitorang juga bertingkap. Tapi yang kurangnya bilik ni sempit sikit dan tiada wardrobe. Hanya disediakan tempat penyangkut.


Sumber dari Hotel.com
   




 Atas ni Lobby hotel ni. Tak silap kalau nak sewa kereta atau Island Hopping boleh juga dari hotel ni. Harga tak sure.


Sumber: Asiatravel
Bila kami lebih kurang macamni. Ada juga Twin Bed. Boleh request.




Nampak tak rain shower?hehe

TIPS: Booking direct dari hotel kat www.langkawiuptownhotel.com sebab harga lagi murah dan tak dikenakan caj 6% compare booking dari agoda. Siap ada option bayar cash lagi.

Itu sahaja untuk hari pertama kami di Langkawi. Esok pagi kami akan checkout dan akan ke island hopping lepas tu baru g hotel area tempat aku nak kursus. 

No comments:

Post a Comment