Monday, 22 December 2014

Selamat Ulangtahun Pertama: Flora Kafe

***tepuk tangan kuat-kuat***

Alhamdulillah 20/12/2014 hari sabtu lepas genap setahun perkahwinan kami. 20/12/2013 yang lepas kami selamat diijab kabul di Masjid Ar-Rahimiyah, Klang. Cepat sungguh masa berlalu...sedar-sedar dah setahun perkahwinan kami. Untuk celebrate Mr. H decide nak Hi-tea kat Dorsett Regency Kuala Lumpur. Voucher beli di Groupon. Mula-mula decide nak makan kat Laman Grill, Restoran Chef Zubir tu. Tapi bila tengok-tengok harga...rasanya lagi berbaloi makan buffet. Bila da siap-siap beli, Mr. H call dan rupanya tarikh 20/12/2014 da FULL!!hohohoho...Tak pe la..kami postponed Hi-Tea kt situ 27/12/2014 ni...

Tapi macam tak seronok pulak tak ada makan-makan istimewa 20hb tu..... =(

Macamana kami luangkan masa untuk celebrate??

Last-last dalam kereta, kitorang decide, nak pergi IKEA. Kononnya Mr. H nak tengok kabinet tv idaman dia tu dah ada stok ke belum...nampaknya belum ada lagi... staff kat situ cakap next month baru ada.. sabar jela yer.. Sebenarnya, kitorang da plan nak makan-makan kat Flora Kafe kat Jalan Ampang tu pukul 8 malam tu. Nanti aku share apa yang ada kat Flora Kafe tu.. Kitorang sempat tengok movie....

Manisnya Cinta di Cappadocia

Ceritanya.... okay-okay la.... bagi aku tarikan cerita ni sebenarnya Fazura dan ni filem Bernard Chauly. Agak slow sikit ceritanya..Boring gak.. tapi lepas tengok cerita ni, Turkey da jadi salah satu tempat yang aku nak pergi satu hari nanti....

Lepas habis cerita ni, kami sempat minum-minum dan makan murtabak ayam kat Teh Tarik Place, Curve..

Lepas tu, barulah kami gerak ke Ampang... Tapi rasa macam awal lagi... kitorang singgah Alpha Angle, Wangsamaju.. TUJUAN: nak beli kad anniversary kat Memory Lane.. beli sama-sama yer..hahahaha

Dalam 8.30pm kami sampai la kat Flora Kafe.. Cantik dan romantik ok... Bunga-bunga terjuntai-juntai gitu.. Depan kafe ni, ada Secret Receipe. Actually, aku da reserve hari Khamis. Macam terlambat gakla.. sebabnya meja da tak banyak yang available.. Flora Kafe ni, ada Pakej Romantik Candle Light Dinner taw.

add-on RM 70 untuk belon
 Tapi disebabkan byk da tak available & kitorang rasa tak berbaloi untuk bayar agak mahal gak dlm RM200 tapi tak dapat table kat dalam.. kitorang decide makan ala-carte sahaja..sebabnya makan best-best 27hb ni..hehe.. so, tak ada la lapik meja lip-lap, lilin-lilin berderet....tapi da cukup istimewa..sebab ada lilin dan bunga atas meja kami..

Ni Pintu masuk Flora Kafe
Menu kat sini ada gak Western. Tapi aku rasa ramai datang sini makan masakan melayu. Apa yang kitorang makan???

Aku pilih Daily Set- Ayam Cili hijau (RM 17) dan Mr. H Rendang Daging Set (RM 17). Daily Set ni, termasuk air sekali taw. Boleh pilih Sirap limau, Sirap selasih, Kordial Laici. Lepas tu add on Udang goreng tepung (RM 12).

set nasi

antara lauk-lauk
SEDAP KER?????

Rendang daging Flora Kafe ni..memang sedapp!!!! Ayam cili hijau tu pun sedap gak.. Tapi ayam aku tu ada merah-merah sikit..terus rasa tak seronok.. Portion makanan nya besar. Boleh share. Udang goreng tepung tu pun so-so aje & tak mengancam mana..

Yang special kat sini sebenarnya suasana kat kafe ni... Bila kita rasa tenang dengan suasananya..automatik rasa seronok nak makan.. Layanan kat sini pun okay jugak. Tak sombong. Tapi kalau rasa nak dapat layanan yang 1st class, ofkos korang kena la amek Pakej yg RM 192.50. Memang meleret senyum waiters kat situ. Kalau table korang tak lip-lap, 2nd class la... time mintak bill, "bang, bayar dalam"...hehehehe.. Ok.. kafe ni table dia limited gak. So, korang kena la book awal-awal. 

untuk tempahan: 03-2161 8010, 012-207 0166 (Mell)
Facebook: Flora Kafe


shuben baru nak tulis kad =) Love u



Wednesday, 10 December 2014

Langkawi Trip 2014- Day 1: KLIA2

Salam Semua.

Trip kali ini dinamakan Trip Kursus+Honeymoon..hihi.. Sebenarnya aku kena attend Seminar Koperasi di Langkawi Seaview Hotel selama 2 hari je. Tapi dah alang-alang boleh bercuti sekali dengan Mr H. So, kami di Langkawi dari 30 Nov- 3 Dis (4 hari 3 malam). Actually awal tahun 2014, kami da ber honeymoon di Langkawi juga dan nak dijadikan cerita, tahun 2014 ni Family Day office aku di Langkawi juga. Maknanya tahun 2014 aku ke Langkawi 3x!!! Gilor kau! Melampau!!


Ok. kami ke Langkawi dengan Now everyone can fly. Kami book ticket last minute juga. Tapi syukur dapat tiket yang bolehla nak dikatakan murah. Ticket return hanya dalam RM 338 untuk 2 orang termasuk Buggage. Trip kali ni kira first time kami laki bini naik dari KLIA2. Wow so impressed.. KLIA2 da macam shopping mall dasat! Tapi nak aku ingatkan, dah nama macam shopping mall, so KLIA2 ni sangat la besar dan korang suma perlu berjalan jauh hokey. Boleh semput nak sampai departure Hall. Korang dinasihati kena ada stamina untuk berjalan..hehe.. Aku minta tolong kakak aku untuk hantar kitorang kat KLIA2. Flight kitorang pukul 6.25pm dan sampai ke Langkawi lebih kurang 1 jam. 

Kami sampai di Langkawi lebih kurang 7.30pm cemgitu. Transport kat sana kami dah booking siap-siap sekali dengan Pakej Island Hopping. Urusan transport dgn Island Hopping Mr H yang uruskan memandangkan kawan dia kerja kat Langkawi. Kononnya kereta MYVI baru. Pastu sampai-sampai tengok VIVA auto aje. Tapi ok la sebab kereta masih baru. VIVA auto RM 80/day dan orang tu berbesar hati nak charge untuk 3 hari sahaja walaupun kami nak guna kereta selama 4 hari. Island hopping RM 35 sorang.

Kami tidak terus ke hotel. Kebetulan kawan-kawan Mr H ada yang bercuti ada gak yang berkursus kat Langkawi. So, dorang ambil kesempatan konon-konon nak gathering. Kami makan di Restoran Sajian Aki's. Lokasi restoran ni ikut jalan ke Pantai Cenang dari jalan airport kedai ni belah kiri . Lepas tu barulah kami ke hotel kami. Memandangkan kami bajet memang sampai lewat kat Langkawi, kami decide nak stay kat Langkawi Uptown Hotel dan checkout pagi-pagi esok. Hotel ni hotel tahun 2014. Kira masih baru. Aku tak kisah pun hotel tak berbintang-bintang. Tapi keutamaan aku hotel BARU dan BERSIH. Overall hotel ni memenuhi kriteria aku. Harga pun okay dan hotel ni selesa. Toilet pun best siap guna rain shower ok. Bilik kitorang juga bertingkap. Tapi yang kurangnya bilik ni sempit sikit dan tiada wardrobe. Hanya disediakan tempat penyangkut.


Sumber dari Hotel.com
   




 Atas ni Lobby hotel ni. Tak silap kalau nak sewa kereta atau Island Hopping boleh juga dari hotel ni. Harga tak sure.


Sumber: Asiatravel
Bila kami lebih kurang macamni. Ada juga Twin Bed. Boleh request.




Nampak tak rain shower?hehe

TIPS: Booking direct dari hotel kat www.langkawiuptownhotel.com sebab harga lagi murah dan tak dikenakan caj 6% compare booking dari agoda. Siap ada option bayar cash lagi.

Itu sahaja untuk hari pertama kami di Langkawi. Esok pagi kami akan checkout dan akan ke island hopping lepas tu baru g hotel area tempat aku nak kursus. 

Friday, 28 November 2014

Hello world!!

Hai semua.. Ni adalah post pertama aku utk blog ni... Blog ni dicipta untuk share perjalan hidup dan kenangan dlm hidup aku.. Ok..aku da 27tahun..next year 28thn. Macam xsngka rupenya dah penghujung 20-an. Macam2 da berlaku sepanjang 27tahun ni... Dari zaman kecik aku yang nerd, zaman skola, zaman matrik, zaman UiTM...sampai la aku da bekerja sekarang. Diam tak diam aku da bekerja kt opis ni hampir 4 Tahun!! begitu setia sungguh...hahaha...
Oww yer..bln 12 ni pun da masuk setahun aku berkahwin.. Alhamdullillah..syukur... Semoga kami akan sentiasa bahagia selama-lamanya.. InsyaAllah. Untuk Mr. H terima kasih menerima aku seadanya.. Aku sedar aku ni nama je umur 27 tahun. Perangai cm 17 Tahun lagi..hihi...

Ok itu saja post pertamaku.. 

Dengan itu...secara rasminya saya Nor Adirah bt Kamarudin merasmikan blog yang tak seberapa ini.... Dengan ini secara rasmi nya.... The ART of Journey dirasmikan... =)