Friday, 31 July 2015

Rendang Ayam style aku

Kejap je da habis puasa pastu sekarang da raya...waaa...cepat sungguh masa berlalu.

Tahun ni merupakan tahun pertama aku dan Mr. H raya di rumah sendiri (rumah kuarters sebenarnya). So, aku pun masak Rendang Ayam untuk rumah parents & FIL aku. Tak banyak pun 2 ekor ayam je. Ayam da siap-siap beli kat Mydin USJ. Adalah dalam 3kilo ayam tu.

Paling mencabar nak siapkan rendang ni...cuci ayam dan potong ayam..kat Mydin haritu da siap-siap potong..tapi besaw-besaw sangat..Kena la potong kecik cket baru sedap dan cepat masak. Tapi kalau kecik sangat takut cepat hancur.

Aku cuba guna rempah rendang Adabi. Actually tak ada la segera sangat. Banyak benda kena prepare juga. Resepi rendang ni aku buat sesuka hati aku...hehehe

guna Adabi yang ni

Resepi cara aku
2 ekor ayam
2 paket rendang ADABI
Santan
sedikit air
Kerisik
Daun limau purut
Cili api
Garam
Gula

Bahan yang kena blend
Bawang putih
bawang merah
halia
lengkuas
serai

Caranya:
1) Lepas da siap blend, campurkan rendang ADABI. Biarkan sekejap
2) Panaskan minyak dan masukkan campuran No 1 dan kacau sehingga pecah minyak
3) Masukkan ayam
4) Masukkan santan dan sedikit air dan kemudian masukkan kerisik
5) Masukkan cili dan kerisik. Perasakan dengan garam dgn gula
6) Masak sehingga masak/kering

bahan blend

lepas da campur semua bahan

ayam dah nak masak


da siap!!




Friday, 10 July 2015

Doa untuk semua TTC

Salam 23 Ramadhan

Kaedah atau cara doa juga memainkan peranan penting untuk doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah swt. 

Bayangkan kita nak minta tolong dengan kawan, tapi tak bersungguh..rasa-rasa kawan tu nak tolong tak? mungkin tolong tapi tak ikhlas kot..hehe

Tadi ada orang share doa yang aku rasa detail dan bagus untuk diamalkan. Bukan setakat lepas solat je kita boleh doa..sambil makan supplement, clomid atau sambil minum susu kambing dalam hati kita berdoa sambil bayangkan..

Kat sini aku share kan doa tersebut: 



Wednesday, 8 July 2015

BFN

Ok nak cerita chronology untuk 1st cycle with 50g Clomid.

CD 4 -CD 8
Start makan Clomid. Aku gigih set reminder untuk ingat makan clomid ni setiap pukul 10malam. Time ni Doc Chinese. Dia cadangkan buat IUI. Tapi memandangkan dah nak puasa, kami decide untuk hanya monitor telur lepas da makan clomid.

CD 11
Appoinment kat PPUM dan TVS. Progress hari ini follicle mmg sentiasa byk....huhu...tapi ada satu telur kat ovary kanan yang nampak perkembangan nya.. tak silap dalam 13mm

CD 13
TVS sekali lagi untuk monitor telur...size telur tu da 18mm...alhamdulillah.. akhirnya ada good respond lepas makan clomid.. Time ni nurse da cadangkan masa untuk BD..

CD 15
Size telur da 20mm++ Da sangat bagus katanya... Time ni doktor India... Dia pun cadangkan untuk IUI sebabnya size telur da cantik. Mungkin dia tak faham bulan puasa bukan setakat puasa tak makan je...hehehe... So hari ni kena beli ubat untuk inject kat perut. Tujuan nya untuk matangkan telur. Ubat ni tak boleh guna G/L tapi boleh claim kemudian. Harganya tak silap RM 60. Kena beli kat Farmasi PPUM.

Lepas tu kena jumpa nurse balik untuk inject kat perot.. Dengar macam seram dan sakit... Tapi tak sakit pun..hehehe... Just procedure nak campurkan cecair dengan serbuk tu macam susah sikit. Ovulation dijangka dalam masa 36 jam selepas injection tu...

CD 28
Sepatutnya kena datang PPUM untuk blood test check HCG...Tapi aku tak g pun...sebabnya ada perasaan berat macam nak period...huhuhu...

CD 32
AF...Akhirnya aku period dengan jayanya... Walaupun sedih juga...tapi aku sepatutnya happy sebab period kali ni boleh la nak dikatakan on-time...tak payah makan ubat untuk induce period macam sebelum ini....

Next target....baby Syawal...InshaAllah...Semoga usaha kami suami isteri dimudahkan Allah SWT..