Wednesday, 24 June 2015

Tanah Aina Cafe, Batu Tiga, Shah Alam

16.06.2015

Makan kali ni ditaja office...datang tinggal makan tak payah bawak wallet.. =)

Tanah Aina Cafe (TAC) ni lokasinya kat Batu Tiga, Shah Alam. Terletak seberang jalan KTM Batu Tiga. Datang sini pun guna waze je.

Memandangkan kitorang datang time lunch hour dan tak nak buang masa, bos suruh siap-siap pilih menu. Diorang minta tengok menu kat dalam website Farhana's Oven. Farhana ni owner TAC ni kot. Keciwa gak sebab menunya macam tak banyak dalam website tu. Aku pilih Aglio Olio.


Kat sini siap ada gym
Aku tak amik pun gambar-gambar dalam TAC. Punya la lapar...heee... Tapi memang nampak cantik dan kemas dalam restoran ni..

Sebabkan kitorang ni datang dalam 9 orang, kitorang dapat bilik khas. Ada meja besar. Rasa macam nak meeting lak..ahakss

Rupanya dalam blog tu tak update menu-menu kat sini...huhu...keciwa... sib baik boss order extra. sebabnya dia penah datang makan kat sini.

Lasagna ni memang sedap!! tapi sebab share-share dapat merasa sikit jela..Pasni boleh order ni lagi.

Lasagna

Ni pulak Nasi goreng yang member aku order. Jangan main-main...dalam lesung dia letak


Nasi goreng

churros
Churros ni memang sedap.. Rasa dia memang garing dan choc dip tu memang marvelous... makan panas-panas...perghhh

ciskek
Ni lagi satu suprise... cheese cake favorite budak-budak office.. Kiranya ni celebration birthday secara jamak..hehe.. sebabnya birthday aku bulan 5 sekali dengan 2 orang officemate.

Overall makan kat sini memang sedap. Tapi harga dia memang boleh tahan gaklah..Range harga dalam RM 15-40 kot.. Kalau sekali sekala nak cuba apa salahnya... =)

Tuesday, 23 June 2015

Dinner at NY Steak Shack, Sunway Pyramid

11.06.2015

Malam ni kami midnight movie.. da lama tak tengok wayang memalam.. Movie malam ni Jurassic World.

Sampai awal juga. Dalam pukul 8 malam. Malam ni nak try makan NY Steak Shack. Celebrate Belated Birthday Mr. H kononnya.

Time ni tak ramai lagi terus dapat table. Lama gakla aku belek-belek menu. Bukan apa semuanya nampak sedap..

Last-last aku pilih Rosemary Chicken dan Mr. H pilih sirloin steak.

Side dish boleh pilih-pilih. Tak silap ada fries, salad, mashed potato dengan corn.. Set kitorang boleh pilih 2 side dish.

siap tayang susu dutch lady

Promotion set untuk 2 orang
Rosemary chicken
tak nampak lak steak tu

Alhamdulillah.. kitorang kenyang...makanan kat sini portion dia just nice..tak lah sesak nak habiskan. Harga pun dalam range RM 15-40 camtu. Tapi restoran ni agaknya nak jadi fast food jugak kot. Makanan tak la panas macam baru lepas masak. Sampai-sampai meja da suam-suam makannya. Fries dengan mash potatoes je rasanya masih panas. Rasanya dorang re-heat sahaja ayam dengan daging tu.

Lepas tu sempat jalan-jalan kasi perut lega sikit. Movie malam tu pukul 11pm kot.


Sunday, 14 June 2015

Bersabarlah

Hidup ni memang kadang-kadang rasa tak adil je..tapi itulah realiti kehidupan..

Bersabarlah...sabar dan terus sabar...teruskan berusaha dan berserah dan berdoa kepada Allah.

Dugaan hidup sentiasa ada..bersyukur apa ada.

Biarkan yang lain buat 'kpi' masing-masing..anggap saja mereka tu tak sedar apa yang diperkatakan dan mungkin dugaan kita bagi mereka itu terlalu mudah..

Semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga. Diberikan kesihatan serta dimurahkan rezeki. Semoga Allah memudahkan suamiku untuk mencari rezeki untuk kami. Semoga hubungan kami akan terus berbahagia dengan keredhaan-Mu..

Wednesday, 10 June 2015

Appoinment- Ravimed dan Clomid

8.6.2015

Hari ini adalah CD 4. Patutnya kena datang masa CD 2 untuk TVS dan ambil ubat Clomid.

Tapi memandangkan CD 2 jatuh pada hari sabtu, kena la datang hari Isnin.

Jalan hari ini tak la jem sangat sebabnya tengah cuti sekolah. Sampai-sampai kena tunggu turn TVS dan kena tunggu lagi untuk jumpa doktor. Aku kena tunggu doktor lama juga memandangkan doktor yang duty hari ni ada emergency.

Actually minggu lepas ada appoinment gak. Sebabnya aku da CD 60 aku still tak period lagi.. memanglah irregular, tapi takla lama macamni. Doktor TVS dan detect ada cysts. Tapi buat masa ni, dorang assume benda tu adalah Corpus Luteum. Nak confirm kena tunggu period dan buat TVS. Doktor bagi aku pil Ravimed dan kena makan selama 5 hari. Aku dijangka period 2-3 hari lepas habis Ravimed tu.

Akhirnya 5 hari lepas habis Ravimed tu aku period dengan jayanya. Alhamdulillah... first time makan ubat turun darah...harap lepas ni tak payah makan lagi.

TVS masa CD 4 tu cysts yang dorang detect sebelum ni da tak ada. So dorang confirm yang tu adalah corpus luteum. Doktor bagi aku clomid..kena makan sebiji selama 5 hari. Dorang akan monitor follicle. Next appoinment 15.6.2015 (CD 11). Sebenarnya cycle ni da boleh proceed dengan IUI. Tapi memandangkan dah nak puasa, tak boleh nak proceed. Lepas raya baru boleh set appoinment untuk IUI.

 Tak pe lah...ada rezeki aku nanti InsyaAllah. Kita cuba setakat yang mampu dan serahkan semuanya kepada Allah. Semoga follicle akan membesar dengan jayanya dan ovulate dengan jayanya serta Allah izinkan nya bertemu dengan 'boyfriend'...hehehe

Kalau ada GL, FOC dan kena dapatkan cop kat kaunter bayaran. If tak ada:

Perundingan: RM 15
Ultrasound: RM 20
Clomid: RM 5


Form ni kena bawak time appoinment

Monday, 1 June 2015

Happy 28th birthday

29.05.2015

Jumaat lepas genaplah umur 28tahun... Sekejap je masa berlalu. sekejap je da nak 30-an....30-an????

Tak sangka da kahwin. Alhamdulillah.. Semoga next birthday aku da ada baby... insyaAllah. Lagi seronok lahir tarikh yang sama.... kita kena bayangkan apa yang kita nak dan yakin dengan Allah. (prakis LOA)

Terima kasih Mak..28 tahun yang lepas lahirkan dira. Allah sahaja yang dapat balas segala jasamu. Tak senang nak jadi ibu. Walaupun aku belum berpeluang, tapi aku jadikan Mak sebagai mentor apabila da ada anak nanti.

Terima kasih juga suami ku. Tahun ni merupakan tahun kedua kita menyambutnya sebagai suami isteri.

Tahun ni aku dapat hadiah mesin jahit dari Mr. H...kih3.... konon-konon nanti nak cuba jahit baju kurung sendiri..

Tahun ni celebrate birthday macam banyak kali je.. 29hb makan Pizzahut. 30hb makan kenny roger+tgk San Andreas+buat bekam... bekam pun termasuk gak ke?? hahaha...serius ni pengalaman pertama aku buat bekam..cuak gak..siap buat full body kot.. sekarang da moden da..tak ada da toreh-toreh dengan pisau..

Kenapa aku buat bekam? selain salah satu usaha-usaha TTC aku, bekam kan amalan sunah yang dilakukan oleh Nabi. Mesti ada kebaikan nya. Untuk kesihatan juga.. Harganya pun RM 5/cup.. So, why not cuba..

3hb ni birthday Mr. H... hehe...dekat-dekat tarikh lahir kami =)