Friday, 24 April 2015

Sperm Test & Blood test CD 21

02.04.2015

Lambat betul nak update entry..berkurun nak update satu entry..

Next step lepas Blood test CD 2 dan HSG, kena buat blood test sekali lagi pada CD 21 untuk check level progesterone. Kalau CD 21 tu weekend, boleh buat CD 22 atau CD 23.

Kenapa CD 21? sebabnya pada pendapat doctor-doctor CD 21 biasanya dah ovulate dan level progesterone sepatutnya tinggi time ni...

So sebelum darah diambil..kenalah buat bayaran dulu. Kalau ada GL FOC. Tunjuk je GL masa buat bayaran.

Rupanya nombor giliran kat PPUM ni ada kategorinya. Cam contoh nombor giliran start nombor 1 akan dipanggil antara pukul 7.30am - 8.30am (contoh taw). Maksudnya ambil darah pun kena buat appoinment. Yang tak buat appoinment pun boleh ambil darah gak. Tapi kena tunggu lama sikit sebabnya dia akan dahulukan yang da buat appoinment.

Oww yer... hari ni Mr. H akan hantar sample sperm nya. Style kat PPUM ni..dia akan bagi bekas siap-siap masa set tarikh appoinment. Kiranya sample di keluarkan siap-siap dari rumah dan kena hantar sebelum pukul 830am kat situ.

Kos Sperm Test: RM 50
Blood test- CD 21(Progesterone): RM 50

Balik tu tak terus balik rumah...siap singgah IKEA nak buang2 duit dan makan meatball. =)

Sambil tu terus call untuk set next appoinment. Next appoinment ni kiranya nak review semua result.

Next appoinment 16.04.2015


darah sedia diambil

Port Dickson 2015: Rumah Peranginan Persekutuan

21.02.2015
Aku pergi holiday di PD... Rasanya dah banyak kali aku bercuti di PD.
Tapi kali ini special sikit sebab..ini 1st time aku dan Mr. H bercuti di PD.
Kali ni kami akan bermalam di RPP (rumah peranginan persekutuan) di PD. RPP ni diuruskan oleh pengurusan Puteri Beach Resort. Actually da pernah stay kat sini masa SKT office aku tahun 2011 kalau tak silap.
Hotel ni pun kami da book time kat Langkawi lagi. Saja nak cuba apply RPP..hihihi... Kami pilih Apartment 1 bilik. Harga RM 85 camtu.. Pilih tarikh pun main pilih tak sangka time tu cuti CNY.. Memang jem giler la jalan ke PD...sobsob..
Rasanya sampai hotel dalam pukul 2pm. Tapi dorang tak bagi check-in lagi..kena tunggu pukul 3.. Sabar jela.       
Pintu masuk
model RPP Port Dickson



opps gelap pulak

Dalam pukul 3 pm kami da masuk dalam bilik..aku pilih apartment 1 bedroom. Memang besar rasanya kalau bawa toto boleh muat 3 orang lagi...hehehe..

Apa yang tak best, ada bau kepam sikit kat tilam & bantal..hehehe...towel dan barang-barang lain macam da lama...

Kalau niat memang nak berehat tak mahu diganggu dan bateri hp tahan berhari-hari.....tempat ini memang sesuai... hp tu boleh simpan dalam handbag sampai checkout.. =)

Breakfast pun tak disediakan. Kena breakfast kat luar yer.

pantry

ruang tamu dan TV lama
Tak banyak pun aktiviti yang boleh dibuat di sini...Banyak lepak kat dalam bilik je.. Pagi sebelum balik tu singgah Teluk Kemang banyak gak aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Harga pun rasanya tak mahal sangat kot.

Next time nak datang lagi ke kat sini????

Untuk tempoh terdekat tak mau la...dalam 5 tahun boleh la...